Orkid & PIKOM PC Fair 2009
Sudah menjadi kebiasaan aku untuk bangkit awal dari lena walaupun di hujung minggu/cuti umum. Sekitar jam 6:30am aku sudah bangun, namun baring2 semula di kamar hingga jam 7:30am. Pagi itu, kedengaran ibu aku sedang menyediakan sarapan pagi dan aku lihat ibu aku bersiap2 untuk ke tamu. Tika ibu hendak melangkah keluar dan memasuki perut kereta, ibu aku sempat memesan menyuruh aku mengambil gambar bunga orkid yang baru berkembang mekar & indah.
Lama sudah aku tidak meninjau laman di rumah dan baru aku sedar banyak pulak dah bunga2 orkid ibu aku berkembang mekar. Indah sungguh warna dan pelbagai jenis bunga orkid yang ada.
-
Time : 10:00am
Location : Kaya & Toast, Miri
-
Tanpa sebarang perancangan, aku dan kak Milah ke Kaya & Toast for breakfast. Ajakkan bersama Along terpaksa ditolak kerna ada urusan penting yang perlu Along selesaikan. Namun, kami berjanji akan berjumpa di PC Fair 2009, Indoor Stadium Miri nanti.
Time : 12:30pm
Location : PC Fair 2009, Stadium Tertutup Miri
-
Memang sudah menjadi acara tahunan akan ada expo komputer dan peralatan yang dijual pada harga yang berpatutan serta tawaran2 yang menarik disediakan. Pelbagai Add-on jika sesuatu produk itu dipromosikan.
Tiap2 tahun sambutan expo ini tak pernah pudar, kemeriahan dan keramaian pengunjung semakin bertambah. Gadget yang paling popular dan menjadi tarikan utama expo kali ini ialah penjualan laptop dan computer accessories.
Namun aku pun tak terlepas peluang untuk grab satu Samsung LCD Monitor 20" pada harga yang sangat berpatutan.
-
Time : 1:43pm
Location : Restaurant Nasi Lemak Segar, Miri
-
Setelah kepenatan meninjau expo itu hampir sejam, kami bertiga sudah rasakan perut perlu diisi secepat yang mungkin....hehehehe. Pelbagai cadangan tempat makan diberikan, namun our final decision tetap ke Restaurant Nasi Lemak Segar.
Sememangnyer, disinilah tempat nasi lemak yang segar dan sedap yang terdapat di Miri ini. Namun aku perlu bergegas balik ke rumah kerna malam nya aku ada jemputan majlis makan2 kat rumah baru Balqis.
-











2 comments:
wow!orang kat pc fair 2009 tu macam kat dalam tin sardin...yang size xxl bole tukar jadi xxs kan?:)))
Luv the Orkid pics ;D Nampak segar dengan effect titisan2 air pada bunga ya.. Nice!!
PC Fair ~ nannggg meriah!!! 'oleh' jak sik da kmk hari ya ;p * ya benar penting urusan yg perlu kmk selesaikan pagi ya hehehe...
Post a Comment